BENGKEL ORGANISASI MAKLUMAT SIRI 1 2017 UNTUK PENGAWAS PSS SMAPL

Penerangan oleh Encik Hasbullah Idris mengenai Organisasi Maklumat dalam PSS
Pn. Rosita Saari juga sedang membantu perjalanan bengkel Organisasi Maklumat di PSS

BENGKEL ORGANISASI MAKLUMAT PSS SMAPL SIRI 1

Hari: Jumaat
Masa:2.30 hingga 4.30 petang
Tarikh: 21 Julai 2017
Tempat:PSS SMAPL
Sasaran: Pengawas PSS, guru yang terlibat dalam PSS dan pembantu perpustakaan

Bengkel Organisasi Maklumat Siri 1 telah dijalankan di PSS SMAPL untuk pengawas-pengawas PSS. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pemprosesan bahan buku di PSS. Bengkel ini bukan sahaja dihadiri oleh pengawas PSS tetapi juga melibatkan guru-guru dan pembantu perpustakaan.

Berikut merupakan objektif bengkel :

1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengkatalogan desktriptif berdasarkan standard bibliografi antarabangsa (ISBD).

2. Menggunakan aplikasi CIP atau data pengkatalogan dalam penerbitan untuk menentukan nombor panggilan dan pengkelasan.

3. Menghasilkan satu rekod bibliografi berdasarkan kepada format ISBD 

Bengkel ini akan diteruskan untuk siri seterusnya. Peserta telah dapat membezakan nombor panggilan dan pengkelasan serta mampu untuk memproses buku berdasarkan CIP . 


Comments

Popular posts from this blog

CARTA ORGANISASI PSS SMAP LABU 2017

SEKITAR BENGKEL LITERASI MAKLUMAT TINGKATAN 4 SMAPL 2017